Institut Latihan Perindustrian Perai

Permohonan Kursus Secara Online

 

Pihak institut kini telah menyediakan kemudahan di mana peserta kursus boleh memohon Kursus Jangka Pendek secara atas talian. Sebelum membuat sebarang permohonan secara online, peserta kursus perlu melayari maklumat Kursus Jangka Pendek pada menu Katalog Kursus. Sekiranya terdapat pertanyaan, sila berhubung dengan Pengurus Kursus, Pn Siti Rohaya binti Hussain (rohaya.hussain@jtm.gov.my) atau pegawai yang berkenaan mengikut bidang kursus yang ditawarkan. Peserta juga boleh menghubungi kami di talian 04-390 7269 sambungan 137 pada waktu pejabat.