PROGRAM

Institut Latihan Perindustrian Perai menawarkan Program Latihan Jangka Panjang dan Program Latihan Jangka Pendek.

PROGRAM LATIHAN JANGKA PANJANG

Dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir melalui latihan kemahiran sepenuh masa, sebanyak 3 kursus ditawarkan dalam program latihan jangka panjang ini.

Program latihan kemahiran ini dikhususkan kepada belia lepasan sekolah dari peringkat sijil dan diploma.

 

PROGRAM LATIHAN JANGKA PENDEK

 

Bertepatan dengan fungsi ILP Perai untuk meningkatkan taraf kemahiran pekerja industri dan juga menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, kami menawarkan kursus-kursus kemahiran/teknikal secara jangka pendek dalam bidang automotif, kimpalan, komputer, multimedia dan lain-lain.

Kursus ini ditawarkan sepanjang tahun, dijalankan secara modular(mengikut kalendar latihan) dan customized(mengikut permintaan) serta dijalankan pada hujung minggu ataupun selepas waktu pejabat.

DAFTAR PROGRAM JANGKA PENDEK