PERUTUSAN PENGARAH

EnYuslan

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera,

Ucapan Selamat Datang dan ribuan terima kasih saya tujukan khas kepada pengunjung-pengunjung yang sudi dan telah pun melayari Laman Web ILP Perai. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada kakitangan ILP yang mencurahkan tenaga dan kreativiti mereka dalam menghasilkan laman web ini di sebalik segala kekangan.

Hari ini, Jabatan Tenaga Manusia melalui institut latihannya seperti ILP, ADTEC dan JMTI mempelopori aktiviti-aktiviti melahirkan tenaga kerja mahir melalui latihan kemahiran diperingkat Sijil, Diploma mahupun Diploma Lanjutan. Dengan misi dan visi institut yang menjurus kepada latihan kemahiran bertaraf dunia, adalah menjadi hasrat utama ILP Perai menjadikan Laman Web ini sebagai WADAH dan Media interaksi dalam menyampaikan dan menyebarkan segala maklumat mengenai dasar-dasar dan program-program serta data terkini ILP Perai untuk disampaikan terus kepada masyarakat umumnya tidak kira apa juga bangsa dan agama untuk dimaanfaatkan bersama.

Justeru, ILP Perai sebagai jentera menghasilkan dan meningkatkan tahap kemahiran tenaga kerja mahir negara mengalu-alukan pengguna agar sentiasa dapat berkunjung ke laman web kami agar setiap maklumat dan informasi yang jelas dan tepat  dapat disediakan dan disebarkan kepada mereka yang memerlukan serta memberi impak yang besar kepada masyarakat.

Sehubungan dengan itu,segala cadangan dan maklum balas tuan-tuan dan puan-puan amatlah diharapkan agar dapat membantu kami memantapkan lagi keberkesanan laman web khususnya dan ILP Perai amnya dalam mengejar cita-cita menjadikan ILP Perai sebuah institut latihan yang terulung didunia serta membina masyarakat yang cemerlang dalam arena 1 Malaysia.

Akhir kata, selamat melayari laman web ini dan jadilah masyarakat malaysia yang berkemahiran.

Sekian, terima kasih.

Memperkasa Kemahiran, Menyemarakkan Masa Depan.

Ts. YUSLAN BIN YASOK 
PENGARAH,
INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN (ILP) PERAI