SEJARAH

ILP Perai telah dibina pada tahun 1972 dan mula beroperasi pada 1974. ILP Perai merupakan institusi Latihan kedua di bawah Jabatan Tenaga Manusia (JTM) selepas ILP Kuala Lumpur beroperasi pada tahun 1964.

Setelah beroperasi selama lebih kurang 22 tahun, pada 1 Jun 1996 ILP Perai telah diswastakan melalui Dasar Penswastaan di bawah Koperasi Usaha Bersatu Berhad (KUBH) dan bertukar nama kepada Institut Teknologi Tun Abdul Razak (ITTAR). Bagaimanapun atas sebab-sebab tertentu institut ini telah diambil alih semula oleh kerajaan dan diletakkan di bawah tadbir selia Jabatan Tenaga Manusia (JTM) mulai 1 Oktober 2007.

ILP Perai telah dibangunkan semula dengan membaik pulih infrastruktur seperti bangunan pentadbiran, bengkel-bengkel, asrama, dewan makan, kafeteria, dan lain-lain kemudahan. Pihak institut juga sedang berusaha untuk menambah kemudahan-kemudahan bagi kegunaan semua kakitangan dan pelajar di ILP Perai.

Sehingga kini, seramai 96 orang kakitangan telah ditempatkan di ILP Perai termasuklah mereka yang merupakan bekas kakitangan ITTAR yang telah diserap kembali selepas pengambilan ITTAR oleh kerajaan. Antara senarai pengarah yang pernah mengendalikan ILP mahupun ITTAR ialah :

1 . En. Wong Ching Kooi
2 . En. Rosli Bin Rauf
3 . En. Abdullah Bin Ali
4 . En. Norman Bin Kusun
5 . En. Mohamed Bin Yaakub
6 . Pn. Junnaina Binti Husin Chua
7 . En. Zulkefli Bin Ab Manan
8. Pn. Norliza Binti Yaakub
9. En. Nikmat bin Mohamad