K10 : DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF

PENGENALAN
Program ini ditawarkan bertujuan untuk menyediakan graduan yang mempunyai pengetahuan dalam menyelia, merancang dan menyenggara kerja-kerja dalam bidang automotif meliputi pengurusan sumber manusia, kawalan kos dan sebagainya.  Selain itu graduan juga akan didedahkan dengan teknologi terkini dalam bidang automotif seperti teknologi kenderaan hibrid dan elektrik.  

Graduan juga perlu membuat satu projek akhir yang merupakan elemen wajib untuk ditauliahkan dengan DKM Tahap 4 mengikut Persijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).  Antara subjek yang ditawarkan dalam program ini ialah Automotive Advance Technology, Pemasaran, Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Stor dan Kawalan Kualiti.  Setelah tamat pengajian, graduan dapat memahami secara khusus keseluruhan elemen pengurusan dalam bidang automotif untuk dipraktikkan dalam kerjaya berkaitan.

SYARAT AM KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak melebihi 35 tahun;
  • Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
  • Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan.
  • Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Sila Rujuk Garis Panduan Kemasukan Bagi Calon OKU

SYARAT KEMASUKAN DIPLOMA TEKNOLOGI AUTOMOTIF
Memenuhi Syarat Am Kemasukan (Sila rujuk syarat am di atas);
Mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam SALAH SATU  bidang  berikut:
(a)  P-115-3 / P-010-3: Juruteknik Kenderaan Motor; atau
(b)  P-030-3 : Juruteknik Kenderaan Perdagangan; atau
(c)  TP-300-3: Juruteknik Kanan Kenderaan Motor; atau
(d)  TP-300-3:2013: Automotive After Sales Servicing; atau
(e)  TP-307-3: Servis dan Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan; atau
(f)  TP-307-3:2012 Servis & Penyelenggaraan Kenderaan Perdagangan; atau
(g)  G452-001-3:2017: Kenderaan Perdagangan – Servis Diagnostik; atau
(h)  G452-002-3:2018: Servis Diagnostik – Kenderaan Ringan.

OBJEKTIF
Untuk melahirkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam bidang pengurusan automotif dan berupaya menjadi pemangkin kepada peningkatan kualiti hidup.

Untuk melahirkan tenaga mahir yang berdaya saing dan berkeupayaan untuk mengaplikasi kemahiran penyeliaan, perancangan dan penyelenggaraan automotif yang bersesuaian dengan keperluan industri

KONSEP LATIHAN
Amali  : 40%
Teori   : 40%
Projek : 20%
Latihan Industri

RINGKASAN KANDUNGAN
Semester 1
K10-44-21 : AUTOMOTIVE WORKSHOP RULES & REGULATIONS
K10-44-22 : WORKSHOP MANAGEMENT
K10-44-23 : QUALITY MANAGEMENT
K10-44-24 : INVENTORY MANAGEMENT
PTA4011 : FINAL YEAR PROJECT 1

Semester 2
K10-45-21 : HUMAN RESOURCES MANAGEMENT
K10-45-22 : MARKETING STRATEGY
K10-45-23 : AUTOTRONIC
HAK4141  : HAK PEKERJA
ENT4131 : eENTREPRENEURSHIP

Semester 3
LI5013 : INDUSTRIAL TRAINING

KAEDAH PENILAIAN
Kaedah penilaian di ILP Perai dijalankan secara berterusan meliputi Kerja Kursus, Kuiz, Tugasan, Penilaian pengetahuan, Penilaian Prestasi, Projek Tahun Akhir dan Penilaian Akhir
Kerja Kursus : 40% (Amali – 25% & Teori – 15%)
Peperiksaan Akhir : 40% (Amali – 25% & Teori – 15%)
Projek Akhir : 20%

TEMPOH PENGAJIAN : 18 BULAN

PENGANUGERAHAN
Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4
Diploma Teknologi Automotif

PROSPEK KERJAYA
Penolong Jurutera Automotif
Eksekutif Jualan Automotif
Penasihat Servis Automotif
Usahawan Syarikat Automotif