A11 : TEKNOLOGI AUTOMOTIF

PENGENALAN
Kursus Automotif adalah kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombakrawat dan membaikpulih kenderaan dimana ianya melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyamanan udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. Pelajar yang mengikuti kursus ini akan didedahkan dengan pembelajaran teori dan praktikal yang memenuhi kehendak persijilan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia (JTM).

SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 17 hingga 35 tahun;
  • Tidak buta atau buta warna atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. Sila Rujuk Garis Panduan Kemasukan Bagi Calon OKU;
  • Tamat Tingkatan 5;
  • Boleh Membaca, Menulis, Mengira

OBJEKTIF

  • Melahirkan tenaga kerja mahir didalam bidang Automotif yang diperlukan oleh sektor Industri Automotif Negara.
  • Meningkatkan kualiti kemahiran pekerja-pekerja industri bagi membolehkan mereka memberi sumbangan dengan lebih berkesan ke arah pembangunan negara.
  • Mewujudkan peluang untuk belia lepasan sekolah mendapatkan latihan kemahiran perindustrian yang sistematik bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan.

KONSEP LATIHAN
Amali     = 70%
Teori      = 30%
Latihan Industri

RINGKASAN KANDUNGAN
SEMESTER  1
A11-01-11 : Petrol Fuel System
A11-01-12 : Electrical & Electronic System 1
A11-01-13 : Brake System
A11-01-14 : Vehicle Periodical Maintenance
A11-01-15 : Workshop Practice
A11-01-16 : Transmission System 1

SEMESTER 2
A11-02-11 : Engine Maintenance
A11-02-12 : Diesel Fuel System
A11-02-13 : Steering System
A11-02-14 : Air Conditining System
A11-02-15 : Transmission System 2
A11-02-16 : Suspension System

SEMESTER 3
A11-03-11 : Transmission System 3
A11-03-12 : Engine Management System
A11-03-13 : Chassis System
A11-03-14 : Turbocharger And Supercharger
A11-03-15 : Electrical And Electronic System 2

SEMESTER 4
A11-04-11 : Workshop Administration & Supervision
A11-04-12 : Transmission System 3
A11-04-13 : Electrical & Hybrid Vehicle System
A11-04-14 : Diesel Fuel System 2
A11-04-15 : Automatic Air-Conditioning System 2

SEMESTER 5
LI5013 : Industrial Training

KAEDAH PENILAIAN
Kerja Kursus = 60% (Amali – 40% & Teori – 20%)
Peperiksaan Akhir = 40% (Amali – 30% & Teori – 10%)

TEMPOH PENGAJIAN
Kerja Kursus = 60% (Amali – 40% & Teori – 20%)
Peperiksaan Akhir = 40% (Amali – 30% & Teori – 10%)

PERSIJILAN
Sijil Teknologi Jabatan Tenaga Manusia
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 : Automotif-Servis Selepas Jualan (TP-300-3:2013)