KURSUS SEPENUH MASA
Sebagai usaha melahirkan tenaga kerja mahir melalui latihan kemahiran sepenuh masa, program latihan jangka panjang ini menawarkan tiga bidang utama iaitu Teknologi Automotif, Teknologi Komputer dan Teknologi Kimpalan.
Program ini dilaksanakan pada peringkat diploma dan sijil bagi melahirkan graduan yang berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.
ANTARA KURSUS YANG DITAWARKAN ADALAH :
K01 : Diploma Teknologi Kimpalan
K10 : Diploma Teknologi Automotif
STAS03 : Sijil Teknologi Automotif Servis
A08 : Sijil Teknologi Kimpalan
F01 : Sijil Teknologi Komputer