Majlis Penyerahan ‘ELECTRIC VEHICLE'(EV) & PUSAT EV ILJTM PERTAMA kerjasama antara ILP Perai dengan Autotronics disempurnakan oleh YB ENCIK STEVEN SIM CHEE KEONG, MENTERI SUMBER MANUSIA.
 
ILP Perai berperanan sebagai pusat utama yang menggalakkan inovasi, pembangunan industri, dan pertumbuhan SMEs dengan menyediakan bantuan teknikal, latihan, dan akses kepada sumber daya yang diperlukan bagi meningkatkan kecekapan dan daya saing industri kecil dan sederhana.
 
Antara program latihan tenaga mahir dalam bidang EV yang sedang dilaksanakan ialah Electric Vehicle(EV) dengan kerjasama Autotronics Center of Exellent.
Peserta yang menyertai program ini akan ditauliahkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dan Sijil lMI Tahap 3 United Kingdom.
 
Kebanyakan pengajar automotif dari ILP Perai telah memiliki Sijil IMI Tahap 4 dalam Bidang Diagnosis, Pengujian dan Pembaikan Kenderaan Elektrik/Hibrid dan Komponen (QCF). Pentauliahan ini adalah bagi melayakkan seorang juruteknik bekerja mengendalikan kenderaan berkuasa elektrik ataupun kenderaan hibrid.
Selain itu, pihak JPK juga telah mentauliah ILP Perai sebagai Pusat Penilaian Amali (PPA) dan latihan akan dimulakan pada bulan Januari 2024.
 
Turut sama berlangsung ialah Majlis Penyerahan Kelengkapan Dron ILP Perai oleh pihak SG Academy yang juga telah menandatangani MOU dgn JTM tahun lalu bagi menyokong dan memperkasakan program dron dibawah 𝗝𝗧𝗠 𝗗𝗿𝗼𝗻𝗲 𝗧𝗲𝗰𝗵𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝘆 𝗛𝘂𝗯 menerusi 15 institusi ILJTM yang terpilih dan pengisytiharan ILP Perai Pertama di Malaysia yang mendapat kelulusan daripada CAAM sebagai Pusat Latihan RPTO dan acara perasmian telah dilaksanakan oleh YBM Steven Sim Chee Keong dengan menandatangan pada plak perasmian.
 
 
 
 

Pautan