Bertepatan dengan fungsi ILP Perai untuk meningkatkan taraf kemahiran pekerja industri dan juga menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat, kami menawarkan kursus-kursus kemahiran/teknikal secara jangka pendek dalam bidang automotif, kimpalan, komputer, multimedia dan lain-lain.
Terdapat 2 jenis kursus jangka pendek yang dijalankan iaitu : Program Micro-Credential (3 hingga 4 bulan) dan Program Secara Modular/Customized.