Pada 23 Ogos 2024, Dewan Besar ILP Perai menjadi tumpuan utama bagi pemilihan Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Sesi 2/2024. Acara yang bermula pada pukul 8:30 pagi ini diadakan dalam suasana yang bersemangat dan keterlibatan yang tinggi daripada pelajar dalam menentukan kepimpinan mereka.
Proses pengundian yang dilaksanakan secara dalam talian berjalan dengan adil dan telus, diikuti dengan penjumlahan undi yang cekap dan teratur.
Penyerahan Watikah Perlantikan bakal dibuat pada Perhimpunan Pelajar Bersama Pengurusan seterusnya menandakan permulaan baharu dalam kepimpinan pelajar ILP Perai, dengan harapan agar mereka yang terpilih dapat memimpin dengan cemerlang dan memperjuangkan aspirasi serta kehendak rakan-rakan pelajar.
Tahniah diucapkan kepada semua calon yang berjaya. Semoga amanah yang diberikan dapat ditunaikan dengan penuh dedikasi dan integriti.