Pada 23 Disember 2024, delegasi dari Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai telah mengadakan lawatan rasmi ke Boon Siew Honda Sdn. Bhd, bertempat di lokasi Batu Kawan, Pulau Pinang. Lawatan ini diwakili oleh Pengarah ILP Perai, TS. Tuan Hj Yuslan Bin Yasok, bersama Tn Hj Rahim, Puan Poova, Pn Zaitul Iradah, dan En.Mohd Faizul Afzan. Turut bersama adalah En Razi Mohd Ali, TAC industri Automotif ILP Perai dari Honda Cawangan Melaka.
Di pihak Boon Siew Honda, delegasi ILP Perai telah disambut oleh Muhamad Syahir Bin Ramli (Section Head – Associates Relations & Development), Rosidan Bin Haron (Chief HR & Administration Officer), dan Tay Mei Thing (Executive, Human Resources Section).
Objektif Lawatan:
1. Menjalin hubungan erat antara institusi latihan dan industri.
2. Bertukar pandangan serta membina jaringan strategik antara kedua-dua pihak.
3. Memperkenalkan kursus-kursus yang ditawarkan oleh ILP Perai kepada staf dan pekerja Honda.
4. Membina kerjasama strategik yang menguntungkan kedua-dua pihak.
Selain itu, delegasi ILP Perai juga berpeluang melawat kawasan pembuatan motosikal di kilang Boon Siew Honda. Lawatan ini memberikan pengalaman bermakna dengan menyaksikan proses pembuatan motosikal bermula dari awal sehingga produk siap dihasilkan.
Semoga pertemuan ini menjadi langkah awal dalam membentuk kerjasama yang kukuh antara ILP Perai dan Boon Siew Honda, seterusnya menyumbang kepada pembangunan modal insan berkualiti serta kemajuan sektor industri negara.