5 Mei 2024 : Coretan Wira Kesuma ILP Perai Bersama Warga Rumah Amal Kulim, Kedah.
“Meraikan anak-anak istimewa dan membantu memberi keselesaan kepada mereka” itulah objektif program Wira Kesuma ILP Perai pada kali ini.
Istimewanya warga Rumah Amal ini adalah anak-anak istimewa yang cekal, bijak dan berdikari bersama cikgu-cikgu yang sentiasa menjaga kebajikan dan keselamatan serta keselesaan pelajar istimewa.
Wira Kesuma ILP Perai terpanggil untuk meringankan serta menyempurnakan ketidakselesaan mereka walaupun sedikit tapi amat bermakna untuk mereka. Antara aktiviti pada program kali ini adalah membaik pulih komputer dan peralatan yang melibatkan kimpalan, gotong-royong di tapak semaian, senamrobik bersama anak-anak istimewa dan mengecat mural pada dinding kelas.
Semoga dengan usaha kami yang sedikit ini dapat membuatkan mereka ceria dan selesa.
Yang berat sana di galas, yang ringan sama dijinjing.
Terima kasih Wira Kesuma ILP Perai.