Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi 2/2024

 
 

 22 Julai 2024 : Tahniah dan selamat datang pelajar baharu Sesi 2/2024.

Alhamdulillah sebanyak 96 pelajar baharu selesai membuat pendaftaran di ILP Perai bagi memulakan sesi Pengajian TVET peringkat sijil dan diploma.

 Bidang yang disediakan di ILP Perai adalah:
1. Teknologi Automotif
2. Teknologi komputer
3. Teknologi Kimpalan

Latihan atau pembelajaran TVET adalah berasaskan kompetensi iaitu 75% latihan secara praktikal dan 25% secara teori.

Pihak pengurusan ILP Perai mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama semua pegawai pada hari pendaftaran dan bertugas sepanjang minggu suaikenal pelajar baharu Sesi 2/2024.

 

 

 

Pautan

Skip to content