JTM DRON TECHNOLOGI HUB – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai telah mengadakan Kursus Sijil Kompetensi Operasi Dron. Kursus yang berlangsung selama 3 hari bermula 27 hingga 29 Julai 2024 ini telah dikendalikan jurulatih Dron ILP Perai, En. S. Saravanakumar.
Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang latihan dan pengendalian dron, undang-undang dron disamping kepentingan dan cara menjana pendapatan dalam industri dron.
Antara peserta yang mengambil bahagian dalam kursus ini adalah Profesor Madya IR.TS. DR. Renga Rao Krishnamoorthy dari UITM , Dr. Mohan Kumar A/L Manikam Pensyarah Politeknik, Technician dari western digital , Technician dari industri semikonduktor, Jurutera Industri Parking System dan penyarah dari ILP Kepala batas.
Kesemua peserta telah mengikuti kursus ini dengan jayanya dan Mencapai Tahap Kompetensi Operasi Dron.