Kursus Health and Safety In Hybrid

 

𝟮𝟯 𝗝𝘂𝗹𝗮𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟰 : Health and Safety Practice In Hybrid / Electric Vehicle Maintenance Siri 3

Jabatan Teknologi Automotif ILP Perai telah melaksanakan satu kursus bertajuk Health and Safety Practice In Hybrid / Electric Vehicle Maintenance Siri 3 bertempat di Bengkel J, Jabatan Teknologi Automotif, ILP Perai. 

Peserta kursus merupakan 15 orang pelajar Tingkatan 5 bersama seorang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man, Sungai Petani, Kedah. 

Kursus ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh tenaga pengajar Jabatan Teknologi Automotif (JTA) iaitu En. Mahazailani bin Mahadi, En Mohamad Hazli bin Mohamad Nor dan En Zaidi bin Abd Rahman. 

Kursus pendedahan ini merupakan kursus percuma dikhaskan untuk Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Lebai Man yang merupakan rakan kerjasama Jabatan TA ILP Perai serta sebagai tanda penghargaan atas jalinan kerjasama dan kepercayaan yang telah terjalin antara kedua-dua pihak.

Kursus yang dilaksanakan ini merupakan sebahagian inisiatif berbentuk pendedahan dalam bidang kenderaan elektrik yang sedang digiatkan oleh Jabatan TA kepada komuniti sekolah. Pelaksanaan kursus dalam kenderaan elektrik ini adalah bertepatan dengan rasionalisasi program latihan dan penjenamaan semula ILP Perai sebagai Penang SMEs TVET Excellence Center.

 

 
 

Pautan

Skip to content