6 – 7 Ogos 2024 : Unit Drone ILP Perai sekali lagi telah diberikan kepercayaan sebagai Jawatankuasa Teknikal bagi Pertandingan DronEroTeach 1.0 Peringkat Negeri Pulau Pinang Sempena Projek Inovasi Pendidikan Digital STEM Tahun 2024 (PeslnPro 2.0) yang bakal dilaksanakan pada penghujung bulan Ogos 2024.
Pertandingan ini merupakan anjuran Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pulau Pinang serta koloborasi bersama SEAMEO RESCAM dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai. Tujuan perlaksanaan projek ini adalah untuk memupuk amalan nilai profesionalisme dan pembudayaan bidang Pendidikan Digital STEM dalam kalangan warga pendidik.
Sebagai persediaan pertandingan, pihak Sektor Sumber Teknologi Pendidikan, Pulau Pinang telah mengambil inisiatif dengan memohon pihak Unit Drone ILP Perai untuk mengadakan satu Bengkel Pengintegrasian DronEroTeach 1.0 bertempat di SEAMEO RESCAM, Pulau Pinang.
Perasmian bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Haji Wan Sajiri bin Wan Hassan – Timbalan Pengarah (Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD), Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada peserta-peserta pertandingan berkaitan peraturan-peraturan serta kaedah-kaedah pengendalian Drone.
Seramai 60 orang guru (30 kumpulan) dari sekolah-sekolah sekitar Pulau Pinang telah sertai sesi bengkel ini. Bagi melancarkan sesi bengkel ini, seramai 6 orang pegawai dari Unit drone serta di bantu oleh 2 orang pegawai dari Unit IoT dan 4 orang pelajar dari Teknologi Komputer Sistem.