KSK High Tea

 
13 Ogos 2024 : Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) ILP Perai telah mengadakan KSK High Tea bertempat di Bilik Mesyuarat ILP Perai.
 
Majlis ini dihadiri oleh semua pentadbir dan kakitangan ILP Perai.
 
Antara agenda yang dijalankan termasuklah majlis perpisahan Encik Muhamad Fais bin Arifin yang akan berpindah ke tempat baharu.
 
Selain itu, majlis sambutan hari lahir kakitangan juga turut diadakan. Beberapa sumbangan kebajikan turut disampaikan kepada kakitangan yang memerlukan.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua kakitangan yang hadir. Kepada Encik Fais, semoga terus cemerlang dan gemilang di tempat baharu. Doa kami sentiasa mengiringi langkahmu.
 

Pautan

Skip to content