Pada 3 Oktober 2024, Unit Psikologi ILP Perai dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan (BPPL) telah menganjurkan Program Motivasi Jati Diri Kepimpinan dan Pembangunan Sahsiah yang melibatkan pelajar diploma bersama kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) ILP Perai. Seramai 53 orang pelajar terpilih menyertai program yang julung kali diadakan ini.
Program dimulakan seawal pagi dengan perkongsian penuh inspirasi daripada Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Fisabilillah Pulau Pinang, En. Shaik Ashraf Bin Osman Ghany yang menyampaikan pengalaman berharga dan ilmu kepimpinan. Sesi kedua diteruskan oleh Puan Nur Shazmeen Damia binti Shaik Ashraf yang menceritakan pengalaman bagaimana untuk bangkit semula dan membentuk jati diri setelah dibuli. Pada sebelah petang, sesi diteruskan dengan dengan perkongsian ilmu teknikal daripada Ketua Jabatan Teknologi Kimpalan ILP Perai, Tuan Haji Abdul Rahim bin Md Tahir yang menambahkan lagi nilai kepada program ini.
Program ini melabuhkan tirainya pada jam 4.00 petang dengan harapan bahawa segala ilmu yang telah disampaikan akan menjadi panduan berharga, dihayati sepenuhnya, dan diterapkan dalam kehidupan serta perjalanan kerjaya para peserta pada masa hadapan.
Semoga program ini menjadi pemangkin kepada kejayaan masa depan semua peserta!
Pautan
Menu