Memorandum of Collaborations (MoC) bersama SAM Engineering & Equipment (M) Berhad

 
Pihak CESS ILP Perai dengan bangganya telah berjaya menjalin kerjasama antara SAM Engineering & Equipment (M) Berhad dan ILP Perai! Majlis tandatangan Memorandum of Collaborations (MoC) telah berlangsung di SAM AVIATRON (M) Sdn Bhd, Bukit Minyak pada 24 Oktober 2024.
 
Pihak ILP Perai telah diwakili oleh Tn Pengarah Ts. Yuslan bin Yasok manakala pihak SAM Engineering & Equipment telah diwakili oleh En Kong Suh Chin, Naib Presiden Bahagian Operasi.
 
Kerjasama ini dijangka akan memberikan manfaat dua hala yang besar dari segi kepakaran, pengetahuan, dan pengalaman yang bukan hanya untuk para pelajar, tetapi juga kepada para pengajar ILP Perai dan SAM Engineering & Equipment (M) Berhad secara keseluruhannya.
 
Mari kita bersama-sama menjayakan misi ini!
 
 

Pautan

Skip to content