8 Januari 2025 – ILP Perai telah menerima kunjungan panel pentauliahan bagi program Sijil dan Diploma Teknologi Kimpalan. Lawatan ini bertujuan menilai pematuhan program terhadap Kod Amalan Pentauliahan Program TVET (COPTPA) yang memastikan kualiti latihan kemahiran memenuhi standard industri.
Agenda lawatan dimulakan dengan mesyuarat pembukaan yang disertai oleh Pengarah ILP Perai serta panel pentauliahan yang diketuai oleh Pn Roslinda binti Mohd Khalid, bersama Ts. Azahar bin Abdul Rahman dan En. Kamal bin Abu@Ahmad. Wakil institut turut membuat pembentangan lengkap berkenaan struktur program, fasiliti, dan pencapaian pelajar.
Panel kemudiannya menjalankan semakan bukti seperti dokumen kurikulum, rekod pelajar, dan kemudahan bengkel kimpalan. Lawatan diakhiri dengan mesyuarat penutup di mana panel memberikan maklum balas positif serta cadangan penambahbaikan bagi meningkatkan lagi kualiti program.