PERAI, 25 Februari – Institut Latihan Perindustrian (ILP) Perai terus mengukuhkan peranannya sebagai hab latihan automasi utama di Malaysia melalui pelaksanaan Siemens Automation Certified Programs. Program ini bertujuan melahirkan tenaga kerja masa depan yang mahir dalam teknologi digital dan automasi, dengan pensijilan yang diiktiraf di peringkat global.
Melalui kerjasama strategik antara SG TVET Group dan Siemens, program ini menawarkan latihan bertaraf industri yang merangkumi perkongsian infrastruktur, peningkatan kapasiti tenaga pengajar, serta integrasi pelajar di peringkat tempatan dan antarabangsa.
SG TVET Group, sebagai salah satu Authorized Training Center bagi Siemens, memainkan peranan penting dalam inisiatif ini. Sesi menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) menyaksikan penyertaan lapan Institusi Latihan di bawah Jabatan Tenaga Manusia, iaitu:
1. Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka
2. Institut Latihan Perindustrian Pedas
3. Institut Latihan Perindustrian Miri
4. Institut Latihan Perindustrian Perai
5. Institut Latihan Perindustrian Bukit Katil
6. Institut Latihan Perindustrian Marang
7. Institut Latihan Perindustrian Kota Samarahan
8. Institut Latihan Perindustrian Kota Kinabalu
Kerjasama ini menandakan satu langkah penting dalam memperkasakan sektor latihan teknikal dan vokasional (TVET) negara, selaras dengan aspirasi Malaysia ke arah Revolusi Industri 4.0.