Pada 16 Julai 2025, Pertandingan Dron Challenge Peringkat Negeri Pulau Pinang sempena program STEM telah diadakan dengan meriah di SMK Penanti.
Sebanyak 14 pasukan dari pelbagai sekolah di seluruh negeri Pulau Pinang telah mengambil bahagian dalam pertandingan yang bertujuan menggalakkan penglibatan pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik melalui aplikasi dunia sebenar seperti teknologi dron.
Sepanjang pertandingan, para peserta telah menunjukkan kemahiran dalam pengendalian dron serta daya kreativiti dan strategi dalam menyelesaikan cabaran yang diberikan.
Program ini bukan sahaja mencungkil bakat pelajar dalam bidang teknologi, malah turut memupuk minat mendalam terhadap inovasi dan kemahiran abad ke-21.
Penganjuran pertandingan ini membuktikan komitmen berterusan pihak sekolah dan jabatan pendidikan dalam memperkukuh pendidikan STEM di peringkat negeri, sekaligus menyediakan pelajar untuk bersaing di peringkat lebih tinggi pada masa akan datang.