Kuala Lumpur, 28 Julai 2025 : Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan antara ADTEC JTM Kampus Perai bersama Pengarah GSTC College (Geospatial) bagi meneroka kerjasama dalam penganjuran kursus berkaitan teknologi dron. Perbincangan ini merangkumi pelbagai aspek penting termasuk:
🔹 Skim Sijil Industri ILJTM: Kompetensi Operasi Dron (SIIIL KOD)
🔹 Teknik pengumpulan data udara (Aerial Data Collecting & Mapping)
🔹 Cadangan modul latihan dan pensijilan industri berkaitan geospatial dan dron
Sesi ini turut membuka ruang kepada pertukaran idea, perkongsian kepakaran serta potensi kolaborasi masa hadapan yang mampu memperkasa kemahiran teknikal dan kebolehpasaran peserta TVET dalam bidang teknologi dron dan pemetaan digital.
Â
Â