LAWATAN VERIFIKASI PENARAFAN TUNGGAL PROGRAM TVET

📅 30 Julai 2025 (Rabu)
🕘 9.00 pagi
📍 ADTEC JTM Kampus Perai
ADTEC JTM Kampus Perai telah menerima lawatan verifikasi bagi Penarafan Tunggal Program TVET oleh panel dari Jabatan Pembangunan Kemahiran , sebagai sebahagian daripada usaha berterusan dalam meningkatkan kualiti dan standard program latihan kemahiran yang ditawarkan.

Sesi pembukaan yang berlangsung di Bilik Mesyuarat ini turut melibatkan sesi pembentangan, semakan dokumentasi serta lawatan fasiliti oleh panel penilai. Penarafan ini amat penting dalam memastikan setiap program memenuhi keperluan industri dan selari dengan piawaian semasa.
 
Komitmen terhadap kualiti ini mencerminkan tekad ADTEC Perai untuk terus menjadi peneraju dalam pembangunan tenaga mahir negara melalui pendekatan TVET yang relevan dan berimpak tinggi.
 
 
 
 

Pautan

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Skip to content