1 Ogos 2025 (Jumaat) | 9.30 pagi
Bilik Mesyuarat, ADTEC JTM Kampus Perai
Bilik Mesyuarat, ADTEC JTM Kampus Perai
Kelab Sukan dan Kebajikan ADTEC JTM Kampus Perai bersama Bahagian Khidmat Pengurusan telah menganjurkan Perhimpunan Bulanan Bersama Pengarah yang turut disusuli dengan Majlis Perpisahan Pengarah sempena pertukaran beliau ke ADTEC JTM Kampus Kuala Langat.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk perkongsian amanat dan perkembangan semasa institut, malah menjadi detik penuh emosi untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada Tuan Pengarah yang telah banyak menyumbang kepada kecemerlangan kampus ini.
Terima kasih atas segala jasa dan kepimpinan yang telah dicurahkan.
Selamat bertugas di tempat baharu, semoga terus cemerlang di ADTEC JTM Kampus Kuala Langat!